Fungsi dan Struktur Bahagian Sumber


BAHAGIAN SUMBER

Bahagian Sumber terbahagi kepada 4 unit iaitu Unit Perpustakaan; Unit Rekod; Unit Penjilidan dan Pemuliharaan. Dengan adanya  pertambahan unit baru iaitu Unit Pendigitan telah menjadikannya  5 unit. .

MATLAMAT
Menjadikan Bahagian Sumber sebagai pengumpul,penyimpan dan pemulihara bahan-bahan yang berunsur sejarah dengan kemudahan dan perkhidmatan yang bersistematik.

FUNGSI

1.     Unit Perpustakaan

·        Merupakan ‘Perpustakaan Khusus’ (In-House Library) yang mengumpul dan menyimpan bahan perpustakaan dari bahan terbitan mengenai Brunei atau yang berkaitan dengannya untuk simpanan dan rujukan penyelidikan.
·      Menyediakan kemudahan rujukan penyelidik kepada jabatan, agensi kerajaan dan orang ramai.
·        Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah kepada orang ramai.


2.     Unit Rekod

·        Mengesan, mengumpul dan menyimpan bahan rekod persejarahan Brunei dan Borneo dari apa jua sumber yang boleh didapati  untuk simpanan dan rujukan penyelidikan.
·      Menyediakan kemudahan rujukan penyelidik kepada jabatan, agensi kerajaan dan orang ramai.
·        Menjalankan program penyelidikan bagi mencari dan mendapatkan bahan persejarahan Brunei untuk menambah dan  memperlengkap-
kan koleksi bahan rekod tentang sejarah negara.
·        Menyebarkan ilmu dan maklumat bahan sejarah yang diperolehi untuk dikongsi bersama kepada orang ramai.


3.     Unit Penjilidan

·        Menjalankan pembaikan bahan-bahan rujukan  perpustakaan dan rekod serta bahan lain di jabatan ini diperingkat awal.
·        Membuat penjilidan bahan laporan, majalah, kertas kerja dan sebagainya untuk rujukan penyelidik.
·        Membuat dan menyediakan keperluan jabatan seperti pembuatan sampul surat, kotak dan sebagainya yang dikehendaki.



4.     Unit Pemuliharaan

·       Menjalankan pembaikan bahan-bahan rujukan  perpustakaan dan rekod serta bahan lain di jabatan ini dalam bentuk pembaikan tradisional.
·        Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bahan yang diterima sebelum tindakan pemuliharaan dijalankan.
·    Memastikan bahan rujukan yang bernilai  disimpan ditempat yang bersesuaian.



5.     Unit Pendigitan

·        Menyediakan perkhidmatan pendigitan kaset video ke CD.
·        Menyediakan kemudahan rujukan pendigitan bahan dari mikrofilem ke CD untuk penyelidik.
·       Melaksanakan penggambaran dokumen yang berbentuk file,  buku nadir, manuskrip, surat perjanjian ke CD untuk memudahkan penyelidik tanpa memegang bahan yang asli.