Kemudahan Penyelidik

Bagi kemudahan dan keselesaan para penyelidik beberapa kemudahan disediakan iaitu:

1.                  Kaunter Pendaftaran dan Perkhidmatan

Kaunter Pendaftaran dan Perkhidmatan ini disediakan untuk memudahkan penyelidik membuat pendaftaran ahli Perpustakaan dan Rekod.  Kaunter ini juga  sebagai tempat berurusan dengan petugas kaunter bagi  peminjam dan pemulangan bahan.


2.                  Ruang Penyelidikan

Ruang Penyelidikan ini dilengkapi dengan kerusi meja yang boleh memuatkan seramai  25 orang penyelidik dalam satu masa.


3.                  Internet Zon

Di ruang penyelidikan juga dilengkapi dengan komputer bagi penyelidik yang ingin mencari bahan di halaman sesawang.


4.                  Mikrofilem Zon

Mikrofilem Zone dikhususkan bagi penyelidik yang ingin merujuk kepada koleksi  bahan arkib atau rekod yang terdapat dalam bentuk mikrofilem.

5.                  Akhbar Zon

Akhbar Zon dikhususkan bagi penyelidik yang ingin bersantai dan mendapatkan informasi  terkini melalui  suratkhabar  yang diterima  dalam dan luar negeri setiap hari.