Bersempena
majlis tersebut pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tahun yang
dikhususkan untuk penuntut sekolah
rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi yang akan diadakan sewaktu cuti
penggal persekolahan bertempat di Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei. Antara
aktiviti tersebut seperti mari bercerita, teater, kuiz, mewarna, bermain silang
kata dan menyaksikan tayangan filem
dokumentari sejarah.
Sehubungan
itu, pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi yang berminat untuk menyertai
aktiviti tersebut bolehlah menghubungi Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei pada
waktu pejabat dibuka.
Tujuan
kempen dan pameran ini diadakan:
1) Menanamkan
semangat untuk mencintai sejarah demi raja, agama, bangsa dan negara.
2) Memberi
pendedahan dan peluang kepada generasi muda untuk sama-sama menerokai bidang
sejarah yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai aktiviti.
3) Melahirkan
generasi muda yang berpengetahuan, pemikir dan kreatif dalam bidang sejarah
dari peringkat awal lagi.
4) Mengimbas
kembali zaman kegemilangan empayar kesultanan Brunei.
5) Menjadikan
iktibar, panduan, tauladan dan rujukan kepada generasi hari ini dalam membuat
sesuatu tindakan dan keputusan.
6) Menyebarluaskan
peranan dan fungsi Pusat Sejarah Brunei sebagai Pusat Sumber Persejarahan
Brunei dan Borneo Research Centre.